Friday, September 4, 2015

Kuliah 14

Kesan Pengabaian Etika
  • Lahirnya teknologi mengikut kehendak komersil tanpa menghiraukan hukum
  • Lahir saintis yang ego merasakan kuasa di tangan mereka dengan menentukan nilai sesuatu baik atau buruk
  • Berlaku kerosakan kepada alam sekitar kerana kerakusan sains
  • Pengabaian kepada ekosistem dan habitat alam
  • Mengejar keuntungan semata-mata dengan eksploitasi alam tanpa batasan
  • Lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak bermoral
  • mementingkan wang, kuasa dan nama semata-mata
  • Pengabaian aspek nilai dan etika
  • Membangunkan penyelidikan yang tidak memenuhi tuntutan agama
  • Penyelidikan mementingkan kejayaan semata-mata
  • Mengikut tuntutan tertentu seperti mendapat nama dan ganjaran

Isu-isu etika dalam sains
  • Sebab berlaku Krisis Nilai dan Etika dalam Sains:
  • Tidak memahami konsep Islam sebagai al-Din
  • Tidak memahami konsep manusia sebagai insan
  • Tidak memahami tanggungjawab manusia sebagai khalifah
  • Tidak jelas matlamat sains dan teknologi
  • Tidak memahami nilai etika dalam Islam
  • Kemampuan manusia terbatas

Pengklonan Manusia

Satu persidangan khusus oleh cendekiawan Islam bersama dengan pertubuhan pengamal perubatan Muslim Kuwait yang diadakan di  Casabalanca pada tahun 1998 telah mencapai kata sepakat bahawa pengklonan tidak mencabar dan mempersoalkan kepercayaan Islam.  
  
Majoriti ulama bersetuju bahawa pengklonan dibenarkan dalam kes  tumbuhan dan haiwan sahaja, tidak kepada manusia.  Ini kerana,  pengklonan manusia akan membawa kepada masalah moral dan sosial yang kompleks.    

Perlu ditegaskan di sini bahawa walaupun Islam membenarkan proses  pengklonan tumbuhan dan haiwan, tetapi proses ini adalah hanya  bertujuan untuk meningkatkan produktiviti tumbuhan atau haiwan  tersebut semata-mata  

Kebaikan
Mengatasi kekurangan tisu dan sel
Mengatasi kekurangan organ

Keburukan
Merosakkan sistem kekeluargaan
Menjejaskan akidah
Bertentangan dengan akidah

Nuklear
Kebaikan
Meningkatkan kualiti produk
Mengesan penyakit lebih awal
Menyimpan dan mengawet makanan
Alternatif kepada sumber tenaga

Keburukan
Kemusnahan ekosistem
Kebocoran radio aktif
Kemalangan nuklear
  
Pembedahan Plastik
Kebaikan
Memberi kesempurnaan anggota
Menghilangkan keaiban/kecacatan
Membina semula kecacatan/cedera
Mengembalikan fungsi anggota

Keburukan
Merubah ciptaan Allah SWT
Menipu rupa/anggota
Mendatangkan kemudaratan/kesan sampingan

Bayi Tabung Uji
Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya diluar anggota perempuan itu (bukan secara tabi’i)

Tiga kaedah yang dijalankan :
1. IVF - in vitro fertilization
2. GIFT - gamete intrafallopian transfer
3. Artificial Insemination

1. IVF: adalah persenyawaan berlaku di dalam kaca. sperma lelaki dan ovum perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai. setelah disenyawakan, embrio terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim ibu.

2. GIFT - pemindahan gamet ke dalam salur rahim. sperma dan telur akan dicampur dan kemudian disuntik kedalam salur rahim. selepas dipindahkan, gamet-gamet akan tersenyawa seperti proses normal dalam tubuh tanpa bantuan reproduksi. selepas persenyawaan, embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti biasa dan begitu seterusnya kehamilan normal berlaku.

3. Permanian beradas artificial insemination adalah kaedah yang menyalurkan air mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan persetubuhan biasa.

Muzakarah jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-5 telah menetapkan hukum bayi tabung uji atau yang berkaitan dengannya sebagai berikut:

1. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah disisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.

2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali nikah dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.

3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat

Pengguguran Kandungan
Definisi:
Pengguguran kandungan ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum tiba tempoh bersalin dengan tujuan untuk mematikan kandungan tersebut.

Hukum :
Haram menggugurkan janin berusia 120 hari ke atas melainkan sebab dharurat seperti :

1. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu memberi mudharat besar kepada ibu jika terus dibiarkan didalam rahim ibu.

2. Bilangan pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut hendaklah bilangan meyakinkan dan terdiri daripada mereka yang adil dan dipercayai.

3. Tiada cara lain selain mengugurkan kandungan untuk menghindari kemudharatan kepada si ibu.

Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa tidak harus atau haram menggugurkan janin berusia kurang dari 120 hari melainkan dengan sebab wujudnya keperluan yang diiktiraf oleh syara’.

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
 Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap kecacatan yang serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, keyakinan tinggi hasil analisa doktor pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

Bagi pengguguran mangsa rogol, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 bertarikh I Julai 2002 telah menetapkan sebagai berikut :

1. Haram mengugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

2. Pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Pemakaian Gelang
Tujuan berhias adalah haram secara mutlak kerana menyerupai wanita.
Perubatan ; diberi kelonggaran dengan syarat dharurat dan sudah tidak wujud lagi ubat lain yang dapat menyelamatkan nyawa dan dengan syarat ia tidak menyerupai perhiasan wanita serta terbukti secara klinikal
"Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " (Riwayat Imam Ahmad)

Jenis-jenis gelang yang diharamkan kepada lelaki:

  • Gelang Kayu koka
  • Gelang Kristal
  • Gelang Tasbih
  • Gelang Getah plastik
  • Gelang Besi magnet
  • Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan
  • Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
  • Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang telah di tangkap polis)
  • Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Isu ICT: 
  • Isu utama dikenalpasti termasuklah, penyebaran  maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.  
  • Hal ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan remaja  yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan  pengawasan.  Jika tidak dikawal, perkara ini memberi kesan  yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus  membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.    
  • Antara kesannya ialah peningkatan keterlibatan  remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak  luar nikah.  Ini secara tidak langsung mendorong remaja  melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan  kandungan dan membuang bayi. 
  • Selain itu terdapat isu utama dikenalpasti termasuklah, penyebaran  maklumat palsu, gambar-gambar yang dipalsukan serta gambargambar yang tidak bermoral.  
  • Perkara ini dilihat amat mudah diperoleh oleh golongan remaja  yang terdedah kepada perkara negatif tanpa kawalan dan  pengawasan.  Sekiranya tidak dikawal, perkara ini memberi kesan  yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus  membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar.    
  • Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan  remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak  luar nikah.  Ini secara tidak langsung mendorong remaja  melakukan perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan  kandungan dan membuang bayi. Isu seterusnya yang dilihat sebagai ancaman kepada  perkembangan ICT adalah penyebaran maklumat kepada orang  yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya.  
  • Melalui ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi  seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara  lebih bebas dan terbuka.  Ini bukan sahaja disasarkan kepada  golongan remaja bahkan golongan dewasa dan profesional juga  terdedah kepada permasalahan ini sehingga mungkin boleh  mendedahkan perkara-perkara penting negara sekaligus  menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara.    
  • Kesan kepada remaja boleh dilihat dengan banyaknya laporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja  kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal.  Isu lain yang dilihat kritikal apabila, tersebar luasnya  penipuan  dalam bentuk kewangan melalui internet.  Penipuan ini telah  semakin merebak dan semakin ramai mangsanya.    
  • Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan  berbagai cara, contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada seseorang  kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab tetapi mesti membayar (melalui pindahan akaun bank atau kad  kredit)  sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. 
Sebab Berlaku Krisis Nilai
  • Manusia lupa sifat dirinya sebagai hamba dan khalifah kepada Allah SWT
  • Tidak memahami matlamat yang ingin dicapai.
  • Tidak memahami konsep nilai dalam Islam
  • Sikap manusia yang ego lantas menafikan kemampuannya yang terbatas
  • Sikap tamak menguasai diri dengan mengutamakan kepentingan diri
  • Keinginan mencapai kejayaan yang segera

Cabaran Sains Teknologi Terhadap Umat Islam
  • Fahaman yang bertentangan seperti sekularisme, rasionalisme, humanisme
  • Mengabaikan persoalan etika
  • Kelemahan umat Islam dalam sains dan teknologi 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)