Friday, September 4, 2015

Kuliah 11

Syariah dan Kepentingannya dalam Sains dan Teknologi

Isi Kandungan

  1. Pengertian syariah. 
  2. Dasar-dasar pembentukan syariat. 
  3. Maqasid syariah. 
  4. Hubungan Syariah dengan Sains dan Teknologi. 
  5. Kepentingan Syariah dalam Sains dan Teknologi. 
  6. Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. 
  7. Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah dalam Sains dan Teknologi.

Definisi Syariah
Bahasa;
1- Perkataan syara`a - jalan yang lurus. Surah al-Jaathiah : 18.

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (al-Jaathiah : 18)


2- Sumber air yang mengalir yang digunakan untuk tujuan minuman.

Definisi Syariah
Istilah;
Hukum-hukum yang telah ditentukan Allah SWT bagi manusia untuk menjadikan mereka hamba yang beriman dan beramal demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ia meliputi :

  • Akidah
  • Feqah
  1. ‘Ibadat
  2. Mu’amalat
  3. Munakahat
  • Jenayat
  • Akhlak

Kenapa Dinamakan Syari'at?  شريعات
Sistem yang lurus, tidak menyeleweng, tidak menyimpang dan tidak ada kecacatan.
Disamakan dengan sumber mata air kerana air adalah sumber penghidupan manusia.

Manusia tidak boleh hidup tanpa air sebagaimana manusia juga tidak boleh hidup tanpa peraturan dan hukum.

Dasar Pembentukan Syari’ah

  1. Tidak menyusahkan
  2. Tiada kesusahan dalam melaksanakan pekerjaan yang berfaedah.
  3. Tidak bermaksud tiada langsung kepayahan.
  4. Pelaksanaan kewajipan mengambil kira kemudahan dan keringanan manusia. Contoh; solat jamak & qasar, solat sambil duduk, tayammum, berbuka bagi musafir dll.
  5. Kadar beban yang minima
  6. Menuntut penguasaan pengetahuan yang sedikit.
  7. Tidak banyak perincian dan pecahan untuk memudahkan pemahaman dan pelaksanaan. Contoh; peristiwa Aqra’ bin Habis mengenai ibadah haji. Dia bertanya Rasulullah ; apakah haji itu ditunaikan setiap tahun atau sekali saja? Maka beliau pun menjawab: “Bahkan sekali saja. Barangsiapa menambahinya maka itu adalah tathawwu’ (sunnah).” (HR. Ibnu Majah dengan sanad shahih)
  8. Berperingkat dalam penetapan hukum
  9. Tidak membeban dan mengejutkan manusia.
  10. Bersesuaian dengan masa dan keadaan..
  11. Sesuai dengan tabiat manusia. Contoh; pengharaman arak di lakukan secara berperingkat-peringkat
Maqasid Syari'ah (tujuan syari'ah)
  1. Pendidikan
  2. Untuk menjaga kepentingan lima perkara yang menjadi tunjang kepada kehidupan manusia :
    - Agama
    - Nyawa
    - Akal
    - Keturunan
    - Harta
  3. Menegakkan keadilan – menentukan kayu ukur kebenaran dan kebatilan. Menganjurkan pelaksanaan dan pengawalan keadilan, mengutuk penindasan dan kezaliman sesama manusia dan makhluk lain. Contoh; menjelaskan hak individu dan hak masyarakat.

An-Nahl : 90

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ


An-Nisa’ : 58

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا


Maqasid Syari’ah (tujuan syari’ah)
Sebagai satu cara untuk mendidik manusia.

Syariah dan Fiqh
Syariah ialah hukum atau peraturan yang diperundangkan oleh Allah SWT melalui Al Quran dan As Sunnah.

Hukum syariah terbahagi kepada dua :

  1. Hukum Qat’i
  2. Hukum Ijtihadi

Syariah dan Fiqh
Fiqh menurut Imam al-Ghazali:

  • Mengetahui dan memahami hukum-hukum syarak yang berhubung dengan perbuatan manusia yang mukallaf samada berupa ibadah, undang-undang atau kehakiman dan sebagainya.

Hukum ini ; wajib, sunat, haram, makruh, harus.

Kepentingan Syariat Dalam Sains dan Teknologi

  • Membawa manusia kepada kesejahteraan di dunia dan akhirat.
  • Menegakkan masyarakat yang harmoni dan seimbang.
  • Menjamin kepatuhan saintis dan teknokrat dalam membuat kajian dan menggunakan teknologi yang dihasilkan.
  • Menjadi panduan bagi membentuk saintis dan teknokrat yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi.
  • Sebagai panduan dalam penghasilan teknologi yang bermanfaat.
  • Menjadi pengukur dalam mengenali batas-batas halal dan haram.
  • Menjadi asas bagi menyelesaikan masalah dalam Sains dan Teknologi.
  • Sebagai alat untuk membangunkan sains.
  • Sebagi pendorong kemajuan sains.

Fiqh & Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid fiqhiyyah ialah gabungan perkataan qawaid dan fiqh.
Qawaid; (قواعد)
Daripada qaidah (kaedah) – asas, tapak atau prinsip.
Kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan sesuatu perkara atau isu.

Fiqhiyyah;(فقهية)
Daripada fiqh.
Kefahaman ulama berasaskan ijtihad masing-masing terhadap sesuatu syariat (ayat hukum) bagi membolehkan umat Islam menghayati maksud yang terkandung dalam sesuatu syariat.

Qawaid Fiqh;
Satu kaedah atau prinsip umum hasil dari ijtihad ahli fiqh untuk memahami sesuatu nas terhadap masalah-masalah cabang yang baru muncul dalam masyarakat sama ada mengikut saluran istishab, qiyas, istihsan, masalih mursalah, sad zara`i dan adat resam.

Jumlah qawaid fiqhiyyah berbeza mengikut mazhab.
Perkembangannya adalah:

  1. Al-umur bi maqasidiha (الامور بمقاصدها)
  2. Al-yaqin la yuzal bi syak (اليقين لايزال بالشك)
  3. Al-Dharar yuzal (الضرر يزال)
  4. Al-dharurat tubih al-mahzurat (الضـرورات تبیح المحظورات)
  5. Al-`aadatu muhakkamah (اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ)

Qawaid Fiqhiyyah Ialah prinsip-prinsip (kaedah-kaedah) feqah Islam.
Kaedah kulliyah iaitu kaedah umum yang dipraktikkan ke atas masalah detail.
Perkara pokok yang dilaksanakan ke atas masalah cabang atau cawangan.
Maudhuk (fokus) utama ialah perbuatan mukallaf.
Objeknya ialah hukum syarak.
Cara untuk menetapkan hukum bagi perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf bagi perkara-perkara yang tidak disebut hukumnya secara jelas di dalam Al Quran dan As Sunnah.
Qawaid Fiqhiyyah menggunakan prinsip atau kaedah asas menetapkan hukum tersebut.

Kandungan Qawaid Fiqhiyyah
Setiap masalah feqah tertakluk pada prinsip tertentu.
Mengetahui prinsip tersebut dan dalil-dalilnya .
Mengetahui sebab masalah itu tertakluk kepada prinsip tersebut.
Mengetahui masalah-masalah lain yang sama tertakluk kepada prinsip tersebut.

Kaedah 1:
Al-umur bi maqasidiha (Setiap urusan dinilai mengikut niatnya) (الامور بمقاصدها)
Maksud prinsip : Niat merupakan pengukur/neraca bagi setiap amalan.
Setiap pelaksanaan urusan berkaitan agama tidak mendatangkan kesan jika tidak didahului dengan niat.

Sumber dalilnya: Maksud sabda Rasulullah SAW; Sesungguhnya segala amalan itu dimulakan dengan niat…

Maksud sabda Rasulullah SAW; Manusia dibangkitkan berdasarkan niat mereka.
Niat adalah cetusan yang tersembunyi di dalam hati seseorang ketika dia hendak melakukan sesuatu atau tidak.
Niat yang baik hendaklah disertai cara perlaksanaan yang baik.

Kaedah 2 :
Al-yaqin la yuzal bi syak (keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan) (اليقين لايزال بالشك)
Kaedah ini bermaksud keraguan yang timbul selepas keyakinan tidak boleh diambilkira bagi mengubah sesuatu perkara / urusan yang telah diasaskan atas dasar keyakinan.

Sumber kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Abu Said al-Khudri r.a; “Apabila seseorang dari kamu syak tentang jumlah rakaat yang telah dilakukan pada masa solat sama ada tiga atau empat, hendaklah diketepikan syak (keraguan) dan binalah di atas apa yang telah diyakini…”

Kaedah 3:
Ad-dharar yuzal (Kemudharatan dihilangkan atau dihindarkan) (الضرر يزال)
Satu prinsip yang unggul dapat diaplikasikan dalam kehidupan manusia dengan jaminan syarak.
Kaedah ini menetapkan segala perkara yang boleh menyebabkan kemudharatan hendaklah dijauhi dan dielakkan. Contoh: membina rumah atau menanam pokok diharuskan, tetapi keduanya dilarang apabila mendatangkan bahaya seperti membina rumah di tepi jurang yang dalam.

Dalil bagi prinsip ini ialah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitabnya Al Muwatta’ dari Amru bin Yahya dari bapanya : “Tidak mudharat dan tidak memudharatkan”
Menghilangkan kemudharatan mungkin akan menimbulkan kemudharatan yang lain
Timbul pertentangan antara menghilangkan kemudharatan dengan kemudharatan lain yang akan muncul.

Kaedah 4:
al-dharurah tubihul mahzurat ; Ia bermaksud keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang  (الضـرورات تبیح المحظورات)
Dalil kaedah ini ialah maksud firman Allah swt dalam surah Al Maidah, 3: ”…..maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda yang haram)sedang ia tidak cenderung melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya)…

فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Maidah: 3)

Pemasalahan Dari Kaedah Ini

  • Harus makan bangkai masa darurat.
  • Harus minum arak kerana terlalu dahaga di masa ketiadaan air.
  • Harus berubat dengan najis pada mana tidak ada ubat yang suci.
  • Harus buang dari kapal untuk menyelamatkan kesemua yang lain dari tenggelam.
  • Harus merampas harta orang berhutang.
  • Dharurah dikira mengikut keadaannya
  • Kaedah ini sebagai ikatan kepada kaedah dharurat mengharuskan yang ditegah.
  • Makan yang haram sekadar untuk melepaskan diri dari kelaparan.
  • Harus melihat aurat yang sedikit sahaja / yang diperlukan seperti dalam rawatan perubatan.

Contoh Aplikasi Prinsip;

  • Penjual senjata dilarang menjual senjata di waktu berlaku perang saudara kerana penjualannya itu akan memarakkan lagi peperangan yang berlaku.
  • Peniaga ditegah untuk menaikkan harga barang keperluan ketika berlaku kekurangan barang keperluan. 
  • Petani dilarang menanam tumbuhan yang menghasilkan candu atau dadah.
  • Kerajaan berhak menghalang mufti yang jahil dari mengeluarkan fatwa atau mengajar orang ramai melakukan helah dalam syarak. 
  • Kerajaan berhak menghalang doktor yang tidak diiktiraf dari membuka klinik kepada orang ramai.
  • Semua perkara yang melibatkan kemudharatan am terhadap masyarakat samada dalam agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta benda hendaklah ditegah kepada individu.
  • Kerajaan berhak mengambil tanah dan membayar pampasan untuk tujuan pembangunan.
  • Kuarantin untuk elak penyakit merebak.
  • Kerajaan berhak mengambil tanah dan membayar pampasan untuk tujuan pembangunan.
  • Kuarantin untuk elak penyakit merebak.
  • Membunuh babi bagi mengelak wabak JE.
  • Larangan monopoli individu terhadap keperluan umum.
  • Larangan menyembunyikan barang untuk menaikkan harga.
  • Saidina Umar Al Khatttab menghalau orang yang menyeru orang ramai melakukan perkara-perkara bid`ah.

Kaedah 5:
Al-`aadatu muhakkamah (Adat penentu hukum)  (اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ)
Adat ialah kebiasaan-kebiasaan yang menguasai sebahagian besar sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk perkataan atau amalan.
Syarat diambil kira adat sebagai penentu hukum :
Tidak bercanggah dengan Al-Quran dan al-Sunah
Menjadi kebiasaan kepada sebahagian masyarakat dan diamalkan secara berterusan.
Masih diterima pakai oleh masyarakat ketika masalah yang memerlukan hukum timbul.
Menjadi kebiasaan kepada sebahagian besar pihak yang terikat dengan hukum syarak yang digubal.
Sandaran kepada kaedah ini ialah :
Hadis Aisyah r.a bermaksud :  “Hindun, ibu kepada Muawiyah telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Abu Sufyan (suaminya) adalah seorang yang kedekut. Salahkah aku mengambil wangnya secara diam-diam? Rasulullah SAW menjawab: Ambillah untuk keperluan dirimu dan anak-anak seperti mana menurut kebiasaan.” Riwayat Bukhari.
Kata-kata Abdullah Ibn Mas’ud di dalam Musnadnya : “Apa yang dipandang baik pada umat Islam adalah baik di mata Allah.”

Kaedah Lain

1- Al-aslu fi al-asya’ al-ibahah (Asal bagi sesuatu perkara adalah harus)

Sebagai agama yang bersifat praktikal, Allah SWT membuka ruang yang luas kepada hambanya untuk memanfaatkan segala isi kandungan bumi untuk kehidupan mereka.
Keharusan tersebut perlu dihindarkan sekiranya terdapat dalil-dalil syara' yang melarangnya atau mengharamkannya.
Setiap yang dilarang oleh Allah SWT, mempunyai kebaikan untuk hamba-hambanya, sekalipun pada pandangan zahir manusia tidak mengetahui hikmahnya.
Terdapat beberapa perkara yang didiamkan syara’ – tidak di sebut dan menjadi khilaf antara Mazhab.
Dalil hadis terhadap perkara tersebut:
Hadis yang diriwayatkan oleh Al Bazar dan At Thobrani dari hadis Abu Darda’ yang bermaksud:   “Perkara yang dihalalkan oleh Allah adalah halal dan perkara yang diharamkan oleh Allah adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan maka terimalah kamu kemaafanNya kerana Allah tidak mungkin lupa terhadap sesuatu”
Masalah Yang Timbul Dari Kaedah Ini
Melakukan IVF (In Vitro Fertilization) – halal ?
Melakukan pembedahan plastik kosmetik?
Teknologi genetik dan DNA ?
Hukum memakan zirafah/tupai/landak?

2- Al-Masyaqqah Tajlibu al-Taisir / Kesukaran Mendatangkan Kesenangan

Masyaqqah – kesukaran yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah bergantung kepada sebab-sebab syarak antaranya ialah :
Musafir
Sakit
Paksaan
Kelupaan
Jahil
Umumul Balwa ; surah al-Haj ayat 78, "Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama."

Asas kaedah ini ialah :
Surah al-Baqarah : 185

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


Terjemahan …..Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran......

Hadis dari Jabir bin Abdullah, sabda Rasulullah SAW: “Aku dibangkitkan dengan agama yang cenderung kepada kebenaran dan kemudahan.”

Riwayat Imam Ahmad ; Hadis dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kamu dibangkitkan dengan kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan.”  Riwayat Bukhari



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)