Friday, September 4, 2015

Kuliah 04

Sumbangan institusi saintifik pada zaman kerajaan Islam

HOSPITAL
  1. Bayaran percuma
  2. Dibina berdekatan dgn masjid
  3. Pusat pengajian dan penyelidikan perubatan
  4. Pusat rawatan
  5. Pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran
  6. Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan
  7. Memperkenalkan kaedah pembedahan
  8. Pembuatan alat-alat perubatan dan karya-karya dalam bidang perubatan
PERPUSTAKAAN
  1. Perpustakaan Baitul Hikmah – diasaskan oleh K.Harun Al-Rasyid.
  2. Pusat penterjemahan karya-karya tamadun silam
  3. Pusat pengumpulan manuskrip
  4. Melahirkan golongan penterjemah yg mahir & bahan terjemahan yg berkualiti
  5. Melahirkan budaya ilmu dalammasyarakat
  6. Melahirkan tokoh yg menguasai pelbagai disiplin ilmu
  7. Mempelbagaikan peranan perpustakaan:
  8. Pusat pertemuan para cendekiawan
  9. pembelajaran
  10. Pusat penyelidikan
BALAI CERAP
  1. Pusat penyelidikan dan pengumpulan data
  2. Pusat latihan dan pembelajaran astronomi
  3. Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam asronomi, spt matematik, trigonometri, algebra.
  4. Memudahkan urusan kehidupan manusia – kalendar, jadual musim, penentuan waktu.
  5. Membuat pembetulan data-data yg kurang tepat dalam tamadun silam
  6. Menghubungkan manusia dan alam dengan Pencipta
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
  1. Sistem pendidikan bersepadu
  2. Integrasi ilmu dan iman,
  3. Tujuan menuntut ilmu kerana Iman
  4. Ilmu untuk diamal
  5. Iman mendorong menuntut ilmu
  6. intelek dan wahyu
  7. Sains bersumberkan al Quran
  8. Penemuan sains selari dengan wahyu
  9. Galakan al Quran supaya membuat kajian
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
Penekanan kepada maratib al-’ilm

Martabat ilmu wahyu adalah lebih tinggi:
  1. Bahasa Arab
  2. Tauhid
  3. Feqah
  4. Tasauf
  5. Sejarah
  6. Tabi’i
  7. Kajian
  8. Pemerhatian
  9. Ilham
  10. Falsafah
Faktor kecemerlangan tokoh-tokoh sains Islam:
  1. Penekanan kepada etika dalam bidang keilmuan
  2. Etika pembelajaran dan penghasilan teknologi
  3. Pengiktirafan dan penghormatan terhadap para sarjana dan cendekiawan
  4. Menghubungkan ilmu dgn Allah.
  5. Ilmu milik Allah
  6. Allah mengajar manusia 
  7. Manusia dengan Pencipta.
  8. Khalifah Allah
  9. Hamba Allah
Pengaruh & Sumbangan Sains dan Teknologi Islam Kepada Peradaban Dunia
1) Sumbangan Sarjana Islam

Al-Khawarizmi
  • Tokoh Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja (780 - 850) adalah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran. Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra. 
  • Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. 
  • Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika dan menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang masih digunakan sampai sekarang.
Ar Razi
  • Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865M – 925M. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.
  • Al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. 
  • Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri.  
  • Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan.  
  • Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah. 
  • Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas. Pada usia tiga puluh dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit, memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. 
Sumbangannya kepada perubatan
  • Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. 
  • Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu. 
Ibn Sina
  • al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin Sina di kenali di barat: Avicenna (987-1037). Di lahirkan di Afshanah, Bukhara, Turkistan. Berbangsa Parsi 
  • Ibnu Sina mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaznya ketika berumur 10 tahun. Kemudian beliau mempelajari ilmu fekah , tasawuf , ilmu hisab, geometri, falsafah, sains dan astronomi. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
  • Taat beragama, Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang  keperluan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah. 
  • Karya dalam Perubatan; Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.
  • Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
  • Buku al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. 
  • Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Buku tersebut juga telah diulang cetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). 
  • Bidang Geografi; Ibnu Sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau telah membuktikan kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu, yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Aristotles 
4) Pengaruh Penginstitusian Di Malaysia

Sekolah

  • Pendidikan Islam
  • KAFA
  • Pelaksanaan j-Qaf di sekolah

Universiti

  • Universiti Islam ; UIA dan USIM
  • Pengajian secara khusus
  • Pengajian Islam sebagai teras

Perpustakaan

  • Perpustakaan Islam
  • Koleksi bahan berunsurkan agama Islam

Hospital

  • Hospital Islam
  • Penerapan nilai-nilai Islam

Balai cerap

  • Sebagai institusi khusus
  • Balai Cerap Universiti Malaya
  • Balai Cerap UniSZA
  • Balai Cerap Melaka
  • Pusat pencerapan

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)