Friday, September 4, 2015

Kuliah 02

Keperluan Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Sebagai satu kaedah untuk mendidik manusia berfikir bagi mengetahui kisah peristiwa dan ketamadunan umat terdahulu.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Al-A’raf :176


فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Untuk mengambil iktibar, yang baik dibuat teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Terjemahan: Demi sesungguhnya kisah-kisah nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatang iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu serta hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Yusuf  :111).

Untuk mengetahui;
  • Sumbangan sarjana sains Islam dalam bidang sains dan teknologi. 
  • Sumbangan para nabi terdahulu yang boleh dianggap sebagai perintis kepada sains dan teknologi. 
  • Untuk menyedarkan masyarakat Islam terhadap sumbangan generasi terdahulu yang seagama dengannya dan seterusnya membangkitkan semangat bekerja dan menimba ilmu ke arah pembentukan masyarakat yang maju.
1. Nabi Adam AS
Penguasaan Nabi Adam tentang nama segala benda dan kegunaannya.
Menurut Ibn al-Athir, Nabi Adam a.s diajar oleh Allah SWT melalui Jibril AS cara-cara menanam pokok dan membuat besi.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

“Dan dia telah mengajarkan nabi Adam, akan segala nama benda- benda dan gunanya dan kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman : Terangkanlah kepadaku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan orang yang benar.”  Surah Al Baqarah :31

Nabi Nuh a.s
Nabi yang ke empat selepas Adam, Syith dan Idris a.s. dan keturunan ke sembilan dari Nabi Adam a.s.
Ayahnya ialah Lamik bin Metisyalih bin Idris. Beliau berada di tengah-tengah kaumnya berdakwah selama 950 tahun dengan menggunakan pelbagai kaedah tetapi pengikut tidak sampai 50 orang.
Ilmu sains dan teknologi yang dapat diambil dari Nabi Nuh ialah tentang pembuatan kapal 
Untuk membina kapal secara logiknya perlu menguasai ilmu mathematik, fizik dan pertukangan.
Untuk mengemudikan kapal perlu memilikki ilmu geografi dan astronomi.

فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ ۙ فَاسْلُكْ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ ۖ وَلَا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا ۖ إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas. (Al Mukminun :27).

  • Kapal tersebut dilaporkan telah dijumpai oleh orang-orang yang terdahulu dalam tamadun Babilonia, di Bukit Judi, di Timur Utara Jazirah Ibn Umar di Kurdistan 
  • Ia diperbuat dengan menggunakan besi logam, selain daripada kayu (Ibn al-Athir,1978:39). Panjangnya tiga ratus hasta dan lebarnya lima puluh hasta sebagaimana yang tercatat dalam kitab Taurat 
Nabi Ibrahim as.

  • Nabi Ibrahim a.s. adalah putera Tarih (Azar) bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin Sam bin Nuh a.s. 
  • Dilahirkan di Faddam A’ram, dalam kerajaan Babilon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama Namrud bin Kan’aan. 
  • Mewarisi kepakaran ilmu bintang daripada ayahandanya. 
  • Pemerhatian Nabi Ibrahim a.s. mungkin dipengaruhi oleh amalan bapanya Azar dan penduduk-penduduk setempat yang membina alat-alat tertentu untuk melihat bintang-bintang di langit.
 وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
Terjemahan: dan Demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang Yang percaya Dengan sepenuh-penuh yakin. (Surah Al An’am : 75).

Pembinaan Kaabah
Kisah pembinaan Kaabah dikaitkan dengan bimbingan Allah terhadap Nabi Ibrahim a.s
Pembinaannya dengan mengambil batu-batu dari lima gunung iaitu: Hira’, Tsabir, Labanan, Thur dan Khair.
Binaan yang kukuh dan erat batu batannya.

4) Nabi Daud AS
Daud bin Yisya adalah seorang dari tiga belas bersaudara, dan keturunan ke tiga belas daripada Nabi Ibrahim a.s. 
Antara kepakaran yang dikuasainya ialah teknologi dalam pembuatan baju besi.
Mukjizat kurniaan Allah SWT kepadanya ialah kebolehan melembutkan besi, sehingga beliau dapat membuat baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya sahaja tanpa menggunakan api. 

Firman Allah swt :
أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ ۖ وَاعْمَلُوا صَالِحًا ۖ إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Serta kami wahyukan kepadanya : “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu amal-amal yang soleh, sesungguhnya aku maha melihat akan segala yang kamu kerjakan.” Saba’(34):11

5) Nabi Sulaiman AS
Nabi Sulaiman mempunyai kehidupan yang mewah, kaya dan menguasai manusia, haiwan dan jin. 
Istana baginda, dindingnya daripada batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara.
Banyak perkara yang tidak dapat diterangkan oleh sains moden berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, antaranya ialah :
Keupayaan untuk berkomunikasi dengan haiwan
Menjadikan jin sebagai pekerja dan hamba
Menggunakan angin sebagai kenderaan

Firman Allah swt :

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ ۖ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ ۖ وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ

Terjemahan: “Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya; sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan kami alirkan baginya air dari tembaga; dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja dihadapannya dengan izin Tuhannya, dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami, kami akan merasakannya pukulan dari azab api neraka.”  - Surah Saba’ :12 

Kisah Sulaiman dan Balqis
Firman Allah swt :

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ ۖ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا ۚ قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ ۗ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Setelah itu dikatakan kepadanya: ”Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyinsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata:” sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca.” Balqis berdoa:”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.” Al-Naml:44

1) Kaum ‘Ad

  • Kaum Nabi Hud a.s 
  • Hidup tanpa mengenal Allah dan membuat patung yang dinamakan Shamud dan al-Hattar untuk disembah
  • Hidup mewah hasil dari pertanian yang subur dan membina binaan/gedung-gedung di dataran-dataran yang tinggi.
  • Moral runtuh kerana hidup tanpa hidayah Allah SWT.
  • Masyarakat hidup dalam keadaan jahiliyah
Dinyatakan dalam 68 ayat dalam 10 surah , antaranya ialah
Surah Hud ayat 50 – 60
Surah al-Mukminun ayat 31 – 41
Surah al-Ahqaf ayat 21- 26
Surah al-Haqqah ayat 6 - 8

Balasan Ke Atas Kaum ‘Ad

Firman Allah swt:

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ
سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَىٰ كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ
فَهَلْ تَرَىٰ لَهُم مِّن بَاقِيَةٍ
“Adapun kaum ‘Ad (kaum Nabi Hud a.s), maka mereka telah dibinasakan dengan angin kencang, yang melampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka 7 malam 8 hari terus menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon-pohon kurma yang tumbang dan lompang. Dengan demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? Surah al-Haqqah : 6-8

2) Kaum Thamud

  • Adalah kaum yang diutuskan Nabi Salleh a.s kepada mereka.
  • Mereka mewarisi kekayaan dan kemewahan kaum ‘Ad yang telah dimusnahkan oleh Allah SWT
  • Teknologi memahat gunung dan batu besar untuk dijadikan kediaman di satu tempat yang dinamakan Wadil-Qura
Firman Allah swt :

وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
“dan kaun Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah Wadil-Qura.” Surah Al Fajr(89):9
Dianugerahkan mukjizat seekor unta betina yang keluar dari batu pada sebuah bukit.

Kisah ini dinyatakan dalam Al Quran oleh 72 ayat dalam 11 surah antaranya
Surah Al A’raf ayat 73-79
Surah Hud ayat 61-68
Surah Al Qamar ayat 23-32

Balasan Ke Atas Kaum Thamud

Firman Allah swt :



وَكَانُوا يَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا آمِنِينَ

فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).  Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi di waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.”  Surah Al Hijr : 82-84

3) Teknologi Zaman Firaun
Firman Allah swt :

وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ

“Dan Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal dan kukuh.” Surah Al fajr(89):10
Bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun kekal sehingga kini yang dikenali sebagai Piramid.

Balasan Ke Atas Firaun

Firman Allah swt dalam surah Al fajr (89): 10-14
10. Dan (terhadap) Firaun Yang Menguasai bangunan-bangunan Yang handal kukuh?
11. (semuanya itu ialah) orang-orang Yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
12. Lalu mereka melakukan Dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
13. Dengan Yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)”

Pengajaran Dari Peristiwa Sejarah

Kehancuran Kaum ‘Ad
Kehancuran Kaum Thamud
Kehancuran Fir’aun
Disimpulkan oleh Allah SWT dalam surah Al Haqqah dari ayat 4 hingga 12 seperti berikut :-

4.Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) Yang menggempar dan mengharukan itu.
5.Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan Dengan (petir) Yang melampau dahsyatnya.
6. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan Dengan angin ribut Yang kencang, Yang melampau kencangnya, -
7. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (Kalaulah Engkau menyaksikannya) maka Engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma Yang (tumbang dan) lompang.
8. Dengan Yang demikian, Dapatkah Engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
9. Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang Yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri Yang telah ditunggang balikkan - Dengan melakukan perkara-perkara Yang salah.
10. Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka Dengan azab Yang sentiasa bertambah.
11. Sesungguhnya kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke Dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
12. (Kami lakukan Yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) Yang mahu menerima pengajaran.

Pengajaran Dari Peristiwa Sejarah 
  • Allah mampu menukarkan rahmat menjadi bala
  • Kemewahan dunia mampu menyesatkan manusia
  • Balasan bagi kaum yang mengingkari ayat-ayat Allah
  • Iman menjadi neraca penilai bagi Allah SWT




Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

013-4006206, 011-1070-4212, 011-1078-4731 (H)
04-988-2701 (P), 04-988-2597 (R)